Pada hari ini gempar juga dengan gosip dan berita penyampai Suria FM, Linda Onn yang katanya akan berkahwin dengan kerabat raja. Sementara itu, Media Hiburan hari ini secara eksklusif, berkongsikan wajah yang dikhabarkan sebagai bakal suami kepada Linda Onn. Menurut sumber, bakal suami Linda adalah berketurunan kerabat bernama Ungku Azhar, berusia dalam lingkungan 40an.



MH telah cuba menghubungi Linda Onn untuk mengesahkan perkara ini tetapi gagal.



Namun, menerusi laporan dalam sebuah akhbar, Linda mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini dan akan mengadakan majlis secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.



Sebelum ini, Linda juga dipercayai telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru.