Julia Roberts yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata sentiasa bersikap tegas kepada anak-anaknya. Wanita berusia 46 tahun itu berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang sangat tegas dan dia mahu memupuk nilai tersebut dalam keluarganya. "Saya dibesarkan dalam keluarga yang tegas dan bagi saya ia telah menempatkan siapa saya sekarang," katanya seperti dipetik majalah OK!. Dia mempunyai tiga cahaya mata iaitu Hazel, Phinnaeus, dan Henry.